PANTUN

Pantun Dua Kerat 
 Adik mandi di tepi perigi,
 Bangun pagi cuci gigi.

Pergi berehat di Batu Pahat,
Gigi kuat gusi sihat.

Gelang emas dipakai Mak Utih,
Baju kemas warnanya putih.

Beli gula bersama-sama abang,
Ibu suka guru pun sayang.

Image
Pantun Alam Indah dan Selamat

Ikan kelah ikan pelaga,Alam yang indah perlu dijaga.

Ikan tengiri ikan toman,
tempat mandi indah dan nyaman.

Ikan kerisi ikan belida,
Semasa mandi masti waspada.

Ikan merah ikan sembilang,
Kutiplah sampah sebelum pulang.








Buah betik di dalam peti,
Teluk Batik tempat bercuti.

Daun layu di tepi kolah,
Tanjung Aru tempat berkelah.

Patah dahan pokok petai,
Pantai Pandan tempat bersantai.

Tanam pinang di hutan Kancing,
Teluk Kemang  tempat memancing.




Image
Cintailah Sungai Kita

Cintailah Sungai Kita

Singgah di gerai bersama Amar,
Jagalah sungai jangan tercemar.

Subur bercamabh daun semalu,
Kutip sampah janganlah malu.

Tanam sirih waktu petang,
Sungai bersih cantik dipandang.

Tumbuh di sawah pohon ara,
Sungai indah hati indah.

Di celah batu ikan kelisa,
Bantu-membantu hidup sentosa.

1 ulasan:

  1. Marilah kita belajar melafazkan pantun dua kerat yang dipaparkan ini.

    BalasPadam