CONTOH RPH




CONTOH P&P BAHASA MELAYU TAHUN SATU
ASPEK SENI BAHASA
Tema
 KEBERSIHAN
Tajuk
Alam Sekitar Kita

FOKUS UTAMA
Standard Kandungan
4.3
Mengujarkan bahasa yang indah dan  menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan secara didik hibur.
Standard Pembelajaran
4.3.1
Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas tentang sesuatu perkara melalui lakonan secara didik hibur.
FOKUS SAMPINGAN
Standard Kandungan
2.3
Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancer, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
Standard Pembelajaran
2.3.2
Membaca kuat ayat tunggal dan ayat majmuk dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul mengikut tanda baca.

OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran murid dapat:
  1.        Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas melalui lakonan secara didik hibur.
  2. Membaca kuat ayat tunggal dan ayat majmuk dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul mengikut tanda baca.


PENGISIAN KURIKULUM
  1.         Ilmu: Alam Sekitar, Sains dan Pendidikan Moral.                             Nilai: Berani, Kasih Sayang, Bertanggungjawab
  2. KBT: Kecerdasan Pelbagai – Verbal Linguistik, Visual Ruang, Kinestatik, BCB
SISTEM BAHASA
Tatabahasa: Kata Nama Am, Kata Nama Khas, Kata Seru, Kata Tanya, Kata Tugas
MEDIA
Tayangan video/gambar, kad perkataan, kad gambar, lampiran





AKTIVITI
PENGISIAN KURIKULUM
CATATAN
Langkah 1
  1.        Guru menayangkan tayangan video tentang keindahan alam semula jadi.
  2. Murid menyatakan perasaan berdasarkan gambar tayangan video yang ditayangkan.
  3. Guru menyenaraikan perkataan yang diluahkan oleh murid pada papan tulis.

Kontekstual – perkaitan



KB : Menjana idea
Nilai: berani, prihatin, menghargai

Tayangan Video/Gambar

Perasaan: Suka, cantik, segar, bersih, sayang, gembira, syukur
Langkah 2
  1. Guru mengedarkan lampiran yang mengandungi dialog yang didengar dan membimbing murid membaca dialog tersebut dengan sebutan dan intonasi yang betul
  2. Guru memperdengarkan rakaman dialog melalui pita rakaman yang dimainkan.
  3. Guru bersoal jawab tentang dialog yang didengar.
  4. Murid diminta membaca dialog mengikut intonasi yang didengar melalui pita rakaman.
  5. Guru membimbing murid mengayakan aksi (memek muka, bahasa tubuh dan ekspresi muka) berdasarkan dialog.









Nilai:
Bertanggungjawab
Keberanian
Kasih sayang
Kemahiran berfikir
Hubung kait
Kajian masa depan

Lampiran 1
Dialog
Langkah 3
  1. Guru meminta murid memilih watak yang terdapat dalam dialog.
  2. Murid diminta mengujarkan dialog berdasarkan intonasi serta menggayakan aksi secara berkumpulan atau berpasangan.
  3. Guru meminta murid berlakon mengikut dialog yang diberi.
  4. Murid berlakon mengikut dialog sambil menggayakan aksi dan memek muka yang sesuai.
  5. Lakukan aktiviti lakonan ini secara bergilir-gilir.
  6. Guru bersoal jawab tentang bahasa badan yang ditunjukkan oleh rakan dalam lakonan tersebut.

Teknik Main Peranan
Nilai: Kebernian
          Kerjasama










Teknik soal jawab

Lampiran 2
-kad gambar
Langkah 4
  1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.
  2. Murid memadankan frasa-frasa untuk  menjadi ayat.
  3. Murid diminta membaca ayat yang telah dibina dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai.


Lembaran Kerja 1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan