Selasa, 20 November 2012

KEBAIKAN AKTIVITI BERPANTUN :

  1.  Melatih murid supaya peka terhadap keindahan, kehalusan dan kesenian bahasa yang ada dalam pantun dua kerat. Kesedaran murid-murid terhadap unsur ini membolehkan mereka menghargainya sebagai sebahagian karya seni yang bernilai dalam kehidupan.
  2.  Untuk melatih mereka memahami dan menterjemah bahasa yang mengandungi pelbagai makna yang terdapat dalam pantun dua kerat. Cara ini boleh membantu murid-murid mempertingkatkan lagi perbendaharaan kata di samping membantu memperkukuh kemahiran berbahasa mereka.
  3. Membolehkan murid-murid mengesan maksud, menyusun dan menyenaraikan idea, mesej dan pengajaran yang terdapat dalam pantun dua kerat dengan cekap dan pantas. Ini membantu menambah kecekapan kefahaman mereka.
  4. Memberi peluang murid-murid untuk menikmati pantun dan memahami maksudnya secara keseluruhan. Kegiatan ini boleh mendorong murid-murid memupuk daya kreativiti untuk menghasilkan karya seni mereka.
  5. Melatih murid-murid untuk menghasilkan pantun dua kerat ciptaan sendiri yang semakin dilupakan masyarakat.
  6. Mendedahkan murid-murid dengan pengalaman baru iaitu kemanusiaan.
  7. Membolehkan murid-murid belajar bahasa lisan dalam suasana yang menyeronokkan kerana terdapatnya unsur berhibur.
  8. Menyuburkan minat serta menghidupkan lagi imaginasi murid-murid.

3 ulasan: