Khamis, 22 November 2012

TUJUAN LAKONAN

LAKONAN

Selasa, 20 November 2012

KEBAIKAN AKTIVITI BERPANTUN :

  1.  Melatih murid supaya peka terhadap keindahan, kehalusan dan kesenian bahasa yang ada dalam pantun dua kerat. Kesedaran murid-murid terhadap unsur ini membolehkan mereka menghargainya sebagai sebahagian karya seni yang bernilai dalam kehidupan.
  2.  Untuk melatih mereka memahami dan menterjemah bahasa yang mengandungi pelbagai makna yang terdapat dalam pantun dua kerat. Cara ini boleh membantu murid-murid mempertingkatkan lagi perbendaharaan kata di samping membantu memperkukuh kemahiran berbahasa mereka.
  3. Membolehkan murid-murid mengesan maksud, menyusun dan menyenaraikan idea, mesej dan pengajaran yang terdapat dalam pantun dua kerat dengan cekap dan pantas. Ini membantu menambah kecekapan kefahaman mereka.
  4. Memberi peluang murid-murid untuk menikmati pantun dan memahami maksudnya secara keseluruhan. Kegiatan ini boleh mendorong murid-murid memupuk daya kreativiti untuk menghasilkan karya seni mereka.
  5. Melatih murid-murid untuk menghasilkan pantun dua kerat ciptaan sendiri yang semakin dilupakan masyarakat.
  6. Mendedahkan murid-murid dengan pengalaman baru iaitu kemanusiaan.
  7. Membolehkan murid-murid belajar bahasa lisan dalam suasana yang menyeronokkan kerana terdapatnya unsur berhibur.
  8. Menyuburkan minat serta menghidupkan lagi imaginasi murid-murid.

DEFINISI PANTUN :

Menurut Kamus Dewan, ( 2000 ) pantun merupakan sejenis puisi lama yang terdiri daripada sejenis puisi lama yang terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap yang mempunyai pembayang dan maksud. Manakala Hashim Awang  ( 1984 ) pula mentakrifkan pantun sebagai sejenis puisi lama yang mengandungi empat baris ayat atau kalimat pada tiap-tiap rangkap. Tiap-tiap baris kalimat itu terdiri daripada lapan, sembilan, sepuluh atau sebelas sukukata. Pada tiap-tiap hujung baris mestilah sama dengan baris ketiga dan baris kedua bersamaan dengan baris keempat. Jadi rima pantun itu dikatakan berbentuk abab.
Untuk makluman pembaca penekanan dalam modul seni bahasa untuk tahun satu adalah kepada pantun dua kerat sahaja. Baris pertama adalah pembayang manakala baris kedua pula ialah maksud pantun.

PENGENALAN PANTUN:

Pantun merupakan suatu bentuk tradisi lisan yang masih hidup sehingga sekarang. Fungsinya yang terdapat dalam hampir kesemua aspek kehidupan seperti kegiatan berunsur ucapan, kegiatan seni dan kegiatan berunsur pendidikan yang menyebabkan pantun terus digemari. Pantun-pantun yang dihasilkan oleh masyarakat Melayu tradisional ini memperlihatkan pemikiran masyarakat yang menghasilkannya. Pantun juga merupakan hasil pengalaman hidup yang sederhana, yang dijalin dengan daya keintelektualan dan seni masyarakat Melayu tradisional. Maka pastinya pantun ialah pemerian latar hidup dan penghayatan seni masyarakat Melayu.


Jumaat, 16 November 2012

Latihan

Lengkapkan pantun berikut dengan maksud yang sesuai.

Kenyang perut suka hati | Sudah tahu bertanya pula | Pura-pura tidak tahu |
  • Sudah geharu cendana pula;
 _____________________________ .

  •  Gendang gendut tali kecapi;
______________________________ .

  • Kura-kura dalam perahu;
______________________________ .

Khamis, 15 November 2012

OBJEKTIF STANDRAD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN ASPEK SENI BAHASA TAHUN 1

Objektif Aspek Seni Bahasa untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan :
  1. menyebut dan memahami lirik lagu melalui nyanyian dengan gerak laku secara didik hibur.
  2. mengujarkan ayat menggunakan bahasa yang indah dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul serta menggunakan bahasa badan secara kreatif melalui penceritaan secara didik hibur.
  3. mengujarkan dialog dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul dengan sesuatu perkara menggunakan bahasa badan secara kreatif melalui lakonan secara didik hibur; dan 
  4. melafazkan pantun dua kerat menggunakan bahasa yang indah dengan intonasi yang betul dengan memahami maksud pantun secara didik hibur

MODUL SENI BAHASA

Modul Seni Bahasa merujuk aspek kebahasaan, keindahakan dan kehalusan dalam bahasa Melayu yang perlu difahami dan dikuasai oleh murid. Penguasaan aspek seni bahasa menrangkumi kecekapan memahami, mengungkap dan menghayati bahasa yang indah. Melalui modul ini, murid menghasillkan dan mempersembahkan karya kreatif pelbagai genre secara lisan dan bertulis melalui variasi yang menari. Aspek seni bahasa juga menzahirkan pembelajaran yang menyeronokkan secara didik hibur.

PENDEKATAN MODULAR

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia distrukturkan dengan menggunakan pendekatan modular untuk memastikan penguasan kecekapan berbahasa yang baik. Pendekatan modular bermaksud memecahkan kemahiran kepada unit-unit kecil yang dikenali sebagai modul. Dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia terdapat lima modul iaitu Modul Mendengar dan Betutur, Modul Membaca, Modul Menulis, Modul Seni Bahasa dan Modul Tatabahasa. Tiga modul yang pertama berasaskan empat kemahiran iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Modul Seni Bahasa dan Modul Tatabahasa menyokong modul-modul tersebut untuk mengukuhkan kecekapan berbahasa murid

Isnin, 12 November 2012

Pesan Ibu

Ayun-ayun tangan,
Sambil pegang bahu,
Waktu pergi taman,
Ingat pesan ibu.

Ayun-ayun tangan,
Jalan hentak kaki,
Waktu pergi taman,
Mesti hati-hati.

Ayun-ayun tangan,
Pusing kanan kiri,
Waktu pergi taman,
Pandai jaga diri.

Lagu Rasa Sayang

Lirik Lagu Rasa Sayang Hey- Lagu Kanak-Kanak



Rasa sayang, hey!
Rasa sayang sayang hey
Hey lihat nona jauh
Rasa sayang sayang hey!
Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan

Rasa sayang, hey!
Rasa sayang sayang hey
Hey lihat nona jauh
Rasa sayang sayang hey!

 Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan

Pulau pandan jauh ke tengah
Gunung daik bercabang tiga
Hancur badan di kandung tanah
Budi yang baik di kenang juga

Rasa sayang, hey!
Rasa sayang sayang hey
Hey lihat nona jauh
Rasa sayang sayang hey!

 Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan

Dua tiga kucing berlari
Mana sama si kucing belang
Dua tiga boleh ku cari
Mana sama abang seorang

Rasa sayang, hey!
Rasa sayang sayang hey
Hey lihat nona jauh
Rasa sayang sayang hey!

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan

Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh di bayar
Hutang budi di bawa mati

Cintailah Sungai Kita

Singgah di gerai bersama Amar,
Jagalah sungai jangan tercemar.

Subur bercamabh daun semalu,
Kutip sampah janganlah malu.

Tanam sirih waktu petang,
Sungai bersih cantik dipandang.

Tumbuh di sawah pohon ara,
Sungai indah hati indah.

Di celah batu ikan kelisa,
Bantu-membantu hidup sentosa.

Balik Kampung



Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

( ulang dari mula )

Pantun Alam Indah dan Selamat

Ikan kelah ikan pelaga,
Alam yang indah perlu dijaga.

Ikan tengiri ikan toman,
tempat mandi indah dan nyaman.

Ikan kerisi ikan belida,
Semasa mandi masti waspada.

Ikan merah ikan sembilang,
Kutiplah sampah sebelum pulang.







Buah betik di dalam peti,
Teluk Batik tempat bercuti.

Daun layu di tepi kolah,
Tanjung Aru tempat berkelah.

Patah dahan pokok petai,
Pantai Pandan tempat bersantai.

Tanam pinang di hutan Kancing,
Teluk Kemang  tempat memancing.

Berkelah di Air Terjun

Mari baca dan lakonkan

Berkelah di Air Terjun

Ibu sedang sibuk menyediakan bekalan makanan untuk kami berkelah

Anas: Wah, banyaknya makanan yang ibu sediakan! Tentu lazat.
Ibu: Ya, Anas. Tolong ibu masukkan makanan ini ke dalam bakul
Anas: Baiklah, ibu.

(Anas memasukkan makanan ke dalam bakul.)

Kakak: Kita hendak berkelah di mana, ayah?
Ayah: Kita akan berkelah di kawasan air terjun.
Ibu: Udara di sana segar dan nyaman. Ada kawasan air yang cetek sesuai untuk kamu berdua mandi.
Kakak: Barang-barang yang hendak dibawa sudah kamu sediakan?
Anas: Sudah, kakak. Pakaian mandi dan pelampung sudah saya masukkan ke dalam kereta.
Ayah: Mari kita bertolak sekarang.

Mari Berpantun

Pantun Dua Kerat

Adik mandi di tepi perigi,
 Bangun pagi cuci gigi.

Pergi berehat di Batu Pahat,
Gigi kuat gusi sihat.

Gelang emas dipakai Mak Utih,
Baju kemas warnanya putih.

Beli gula bersama-sama abang,
Ibu suka guru pun sayang.